Khamis, 13 Disember 2012

PERATURAN DI PRASEKOLAH



SK ST. MICHAEL, MONGKOS 94700 SERIAN.

PERATURAN-peraturan DI PRASEKOLAH

Masa Persekolahan : 0730am hingga 1130am.
Berada di kawasan prasekolah : 0700 am – 0715am

BILIK DARJAH            
1.            Tidak boleh berdiri di atas meja dan kerusi.
2.           Jangan membuang sampah di dalam kelas.
3.           Susun kerusi dan meja sebelum pulang
4.           Jangan menconteng dinding / carta-carta yang digantung di dalam kelas.
5.           Susun dan kemas peralatan permainan yang telah digunakan.
6.           Simpan alat tulis yang telah digunakan.     
               
7.           Jangan bergaduh sesama rakan.
8.           Tidak boleh mencuri.
9.           Tidak boleh membawa pulang peralatan-peralatan yang ada di dalam kelas.
10.        Berbaris sebelum keluar dari kelas. (waktu pulang)
11.         Tidak boleh berlari di dalam kelas.
12.        Berkongsi alat permainan bersama rakan.


DAPUR     
1.    Berbaris sebelum mencuci tangan.
2.   Cuci tangan sebelum dan selepas makan. Gunakan sabun dan air yang bersih.
3.   Tunggu giliran ketika mengambil makanan.               
4.   Tidak boleh bercakap dan bermain ketika makan.
5.   Habiskan makanan yang diberi.
6.   Jangan membuang sisa makanan di atas dan di bawah meja.
7.   Buangkan sisa makanan ke dalam bakul sampah yang disediakan.


TANDAS
1.    Hanya dua(2) orang murid sahaja yang dibenarkan ke tandas pada sesuatu masa.
2.   Gunakan selipar yang telah disediakan.
3.   Cuci tangan selepas keluar dari tandas.
4.   Curahkan air ke dalam mangkuk tandas selepas menggunakannya.
5.   Flush tandas selepas menunaikan hajat.
6.   Sentiasa memastikan tandas dalam keadaan yang bersih.

                              
 LUAR KELAS
1.    Jangan berlari di simen luar kelas.
2.   Jangan buang sampah merata-rata.
3.   Jangan petik bunga atau daun di kawasan prasekolah.
4.   Susun kasut di rak kasut yang tersedia.
5.   Jangan pijak batas bunga.




 lilian@prasekolah2012

1 ulasan:

  1. nice & jelas. senang mata membaca...
    best! from Emril, KL

    BalasPadam