Jumaat, 28 September 2012

KERJA KURSUS KRT3013


Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012

Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012


Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.  Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30



PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.

8 ulasan:

  1. tidak apa cikgu..boleh cuba lagi rajin eksplore..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu. Saya sedang mengorak langkah untuk explore benda-benda baru ni

      Padam
  2. thnz cikgu. Jom kita exlpore sama...Saya suka templat cikgu. Mn dapat? Share...

    BalasPadam
  3. bagus juga ni ada idea nak tambah lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh...boleh....kita masih belajar bah..

      Padam
  4. congrats! keep it up Lil - abang Long

    BalasPadam